Susulan keputusan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi semenanjung Malaysia bermula 1 Julai.
Orang ramai menyuarakan rasa terkesan dengan situasi membabitkan kenaikan harga barang.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Kuala Nerang, Kedah mendapati, mereka berharap peniaga ayam tidak sesuka hati mengenakan harga yang melepasi penetapan kerajaan selain caj pemprosesan terutama bagi proses memotong ayam tidak lagi dikenakan kepada pembeli.